"Berani Berakal Berilmu Beramal"

13 Disember 2009

Doa Agar Banyak Berzikir, Syukur dan Taat


{ اللّهُمَّ أِعِِِنِّى عَلَى ذِِِِِِِِِِِِِِِِِكْرِِِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبادَتِكَ } (رواه آبو داود)

Maksudnya: “ Ya Allah S.W.T, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Mu), bersyukur kepada Mu dan memperelokkan ibadah kepada Mu


08 Disember 2009

Aktiviti Musim Cuti


Assalamualaikum para pelajar yang dirahmati sekalian,
Bagaimana dengan aktiviti di musim cuti ni? Mungkin ada dikalangan pelajar yang hanya diam di rumah, lebih-lebih lagi di musim tengkujuh begini. Namun ramai juga yang bertanya tentang aktiviti yang bagaimana patut mereka sertai untuk mengisi masa terluang mereka. Sebagai pendapat peribadi, ana cadangkan supaya para pelajar memilih aktiviti yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri, akademik dan emosi. Aktiviti sebegini banyak dianjurkan oleh pihak individu yang berkelayakan dan juga pihak NGO yang berdaftar seperti KRIM, Kelab Remaja HALUAN, Kelab Remaja Islah dan banyak lagi. Paling tidak rancang sendiri program yang berfaedah seperti menziarahi sahabat lama.....

03 Disember 2009

Bacalah....


Maksud hadis Rasulullah S.A.W :
"Bacalah Al Quran, kerana ia akan datang kepada ahlinya pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat." (Hadis riwayat Muslim)

27 November 2009

Forum Perdana Amal Islami


Pelajar Tingkatan 3 MRSM yang baru selesai menjalani peperiksaan PMR 2009 baru-baru ini, telah menjalani program khas untuk mereka iaitu MIGTY 2009. Dalam program ini berbagai aktiviti dirancang untuk mereka samada yang bercorak akademik, sukan, pengurusan diri dan kerohanian. Salah satu aktiviti tersebut ialah Forum Perdana Amal Islami yang diselaraskan oleh Unit Pendidikan Islam MRSM Gerik. Mudah-mudahan akan memberi input yang berguna kepada kita bersama. Klip video forum boleh ditonton di widget vimeo.

26 November 2009

Kursus Pengurusan Jenazah Minggu Aktiviti

Pengurusan Jenazah merupakan Fardhu Kifayah yang perlu dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam. Bagi para pelajar Tingkatan 3, Bab Pengurusan Jenazah sudah selesai dipelajari pada semester pertama lagi, namun untuk menambah pengalaman kepada pelajar, Kursus Pengurusan Jenazah diadakan pada Ogos sempena minggu Aktiviti 2 2009.


PASAK


Salam sejahtera kepada para pengunjung,

Akidah yang sahih merupakan tunjang kepada kehidupan muslim. Asas-asas akidah ini banyak diterangkan oleh Kitab Suci Al Quran melalui ayat-ayat yang ringkas tapi padat menerusi surah-surah Makkiyah contohnya. Dengan objektif untuk menanam minat para pelajar kepada Al Quran, Unit Pendidikan Islam MRSM Gerik pada 5 Julai 2009, telah menjemput tokoh akademik yang tidak asing lagi dalam motivasi Islam iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo untuk membentangkan modul PASAK yang beliau hasilkan. Mari sama-sama kita hayati....(rujuk widget Video Unit)




12 Ogos 2009

Dimanakah Para Pencinta Rasul?


Dimanakah orang-orang yang mencintai Nabinya,yang berkorban dengan harta jiwanya,dan sangat meremehkan hal-hal yang berharga demi kecintaanya.
Dan Allah Pencipta Arasy telah mewasiatkan kita untuk mencintai dan mengingati serta membantu syariat Baginda.Dengan penghormatan dan pengagungan terhadapnya.
Alangkah mulianya Baginda (S.A.W)dan para sahabat serta para pengikut Baginda,maka wahai tuhan kami susulkan lah kami kepada perbuatan dan amal mereka.
Dan pilihlah kami sebagai penolong sunnah Thaa Haa(S.A.W)di seluruh pelusuk bumi,dan hancurkanlah semua yang memusuhi kami.Wahai tuhan limpahkanlah salawat dan salam selalu atas kekasihmu yang telah menyeru kami kepada mu.

Video Unit