UNIT PENDIDIKAN ISLAM MRSM GERIK

"Berani Berakal Berilmu Beramal"

14 April 2010

Kem Studi 1 Pendidikan Islam


Assalamualaikum wrt. wbt.

Pada 10 April lalu, Unit P. Islam telah mengadakan Kem Studi yang pertama untuk tahun ini. Kem ini merangkumi Seminar Tips A dan Bengkel Latih Tubi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Bagi memberi pemahaman yang betul kepada calon PMR MRSM Gerik, Guru Pakar Pendidikan Islam dari SMKA Slim River iaitu Ustaz Jamaluddin Halid telah didatangkan khas buat kali kedua. Dalam seminar ini beliau telah mengupas tentang teknik-teknik untuk mendapatkan markah yang baik dalam menjawab kertas 1 Pendidikan Islam disamping penerangan yang panjang lebar tentang kesalahan-kesalahan umum yang biasa dilakukan oleh para calon PMR.
Pada sesi sebelah petang pula, kem ini diteruskan dengan sesi menjawab soalan bagi mengaplikasi teknik yang sudah diseminarkan pada waktu pagi.

Semoga seminar ini memberi input yang tidak sedikit kepada para pelajar khususnya untuk kertas Pendidiakan Islam.

Sekian.

22 Mac 2010

Sungai dalam Laut

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Dipetik dari Blog Ustaz Abdul Halim Abdullah inijalanku.wordpress.com


15 Mac 2010

Palestina Tercinta

Ceramah Maulidur Rasul


Assalamualaikum,
Unit Pendidikan Islam MRSM Gerik merafa'kan setinggi kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan izin Nya Ceramah Maulidur Rasul 1431H berjaya disempurnakan di Surau An Nur. Berlangsung pada 4 Mac selepas solat Maghrib berjamaah, ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Shaharuzzaman Bistamam, Pengerusi Aman Palestin Malaysia cawangan Perak. Rombongan beliau yang disertai oleh para pelajar Akademi Ikatan Muslimin (AIM), telah memeriahkan majlis ini dengan membuka gerai jualan untuk mengutip dana dan sumbangan yang akan disampaikan kepada rakyat Palestin. Ceramah yang disampaikan sangat bermanfaat, antara lain mengupas persoalan pokok kepentingan mempelajari Sirah Rasulullah S.A.W disamping menyentuh isu-isu semasa berkenaan remaja dan isu Palestin yang sentiasa relevan hingga kini. Semoga kita tergolong mereka yang memberi sumbangan kepada saudara kita yang dizalimi.

13 Februari 2010


Assalamualaikum, bulan Rabi'ul Awwal disambut meriah oleh warga MRSM Gerik dengan aktiviti gotong royong menyediakan bubur asyura. Aktiviti ini dikendalikan oleh Unit Homeroom dibawah seliaan Ustaz Abdul Rahim Ismail pada 26 Januari. Pada sebelah petang pula diisi dengan slot Tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohammad Hanafiah Haji Idris, Pen. Pegawai Syariah di Mahkamah Syariah Gerik. Dengan kata kata nasihat dan motivasi dari beliau, diharap warga MRSM Gerik dapat menghayati semangat bulan kelahiran Rasulullah s.a.w dan berusaha menghidupkan sunnah baginda.

14 Januari 2010

Kemahiran Akademik dan Kemahiran Insaniah 2010


Keputusan peperiksaan PMR telah diumumkan dan rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang cemerlang terutama dalam subjek Pendidikan Islam. Kepada pelajar yang tidak berjaya dapat A, kami harap dapat buat post mortem supaya tidak berulang dalam peperiksaan akan datang.

Sekarang para pelajar lepasan PMR MRSM kembali ke maktab masing-masing dengan azam dan tekad yang baru. Sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4, para pelajar akan mengikuti kursus Kemahiran Akademik dan Kemahiran Insaniah selama sebulan. Objektif kursus ini ialah supaya para pelajar didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang tidak terdapat dalam sukatan pelajaran yang akan menambahbaik kualiti pelajar tersebut. Antara kemahiran yang diberikan kepada para pelajar ialah Kemahiran Membaca, Membuat Nota, Menghadapi Peperiksaan, Kepimpinan, Pemikiran Meluas dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini sangat penting untuk membentuk modal insan yang diidamkan oleh MRSM iaitu untuk melahirkan pelajar PINTAR SOLEH SERBA BOLEH.

13 Disember 2009

Doa Agar Banyak Berzikir, Syukur dan Taat


{ اللّهُمَّ أِعِِِنِّى عَلَى ذِِِِِِِِِِِِِِِِِكْرِِِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبادَتِكَ } (رواه آبو داود)

Maksudnya: “ Ya Allah S.W.T, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Mu), bersyukur kepada Mu dan memperelokkan ibadah kepada Mu


08 Disember 2009

Aktiviti Musim Cuti


Assalamualaikum para pelajar yang dirahmati sekalian,
Bagaimana dengan aktiviti di musim cuti ni? Mungkin ada dikalangan pelajar yang hanya diam di rumah, lebih-lebih lagi di musim tengkujuh begini. Namun ramai juga yang bertanya tentang aktiviti yang bagaimana patut mereka sertai untuk mengisi masa terluang mereka. Sebagai pendapat peribadi, ana cadangkan supaya para pelajar memilih aktiviti yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri, akademik dan emosi. Aktiviti sebegini banyak dianjurkan oleh pihak individu yang berkelayakan dan juga pihak NGO yang berdaftar seperti KRIM, Kelab Remaja HALUAN, Kelab Remaja Islah dan banyak lagi. Paling tidak rancang sendiri program yang berfaedah seperti menziarahi sahabat lama.....

03 Disember 2009

Bacalah....


Maksud hadis Rasulullah S.A.W :
"Bacalah Al Quran, kerana ia akan datang kepada ahlinya pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat." (Hadis riwayat Muslim)

27 November 2009

Forum Perdana Amal Islami


Pelajar Tingkatan 3 MRSM yang baru selesai menjalani peperiksaan PMR 2009 baru-baru ini, telah menjalani program khas untuk mereka iaitu MIGTY 2009. Dalam program ini berbagai aktiviti dirancang untuk mereka samada yang bercorak akademik, sukan, pengurusan diri dan kerohanian. Salah satu aktiviti tersebut ialah Forum Perdana Amal Islami yang diselaraskan oleh Unit Pendidikan Islam MRSM Gerik. Mudah-mudahan akan memberi input yang berguna kepada kita bersama. Klip video forum boleh ditonton di widget vimeo.

Video Unit